Persandingan

Adat persandingan masyarakat melanau adalah berbeza-beza mengikut pangkat iaitu 9 pikul, 7 pikul dan 5 pikul. Kajian yang dilakukan di Kampung Tellian Tengah adalah berkaitan dengan adat persandingan bagi masyarat melanau yang mempunyai pangkat 5 pikul. Adat perkahwinan dilagsungkan dirumah pihak perempuan dan kemudian beralih ke rumah pihak lelaki.


Persandingan dirumah pengantin perempuan :


Fig. 1 Kegembiraan yang jelas kelihatan pada pasangan pengantin.


Fig. 2 Persandingan kaum melanau.

Fig. 3 Adat naik turun tangga sebanyak tiga kali mengikut 5 pikul.


Fig. 4 Broyo

Fig. 5 Flora Emily bt Felix
                                                                   
Fig. 6 Diantara perhiasan yang digunakan oleh pengantin perempuan.




Menurut Puan Nursazlin binti Omar Abdullah (kakak kepada pengantin lelaki) menjelaskan  bahawa selepas pihak pengantin sudah menjamu selera mereka akan kembali ke dalam rumah untuk bertukar pakaian. Terdapat 3 jenis pakaian yang digunakan iaitu baju melanau, gaun dan pakaian beradat. Pengantin akan mengenakan gaun dan pakaian beradat semasa pergi ke rumah pengantin lelaki. Setelah itu, pihak pengantin perempuan akan pergi ke kampung pengantin lelaki untuk aktiviti keramaian. Terdapat aktiviti adat seperti menyarungkan kain sarung dari salah seorang wakil di kalangan orang yang lebih tua. Kain sarung tersebut akan disarungkan kepada pengantin perempuan. Kesemua adat tersebut perlu dilakukan secara berturutan dari mula memasangkan kain sarung, memberi dulang dan adat turun naik tangga sebanyak 3 kali bagi pengantin. Pasangan pengantin ini merupakan keluarga yang mempunyai pangkat iaitu lima pikul. Adat perkahwinan mengikut pikul (pangkat) bagi sesebuah keluarga adalah berlainan.


Persandingan dirumah pengantin lelaki :


Fig. 7 Pasangan pengantin.


Fig. 8 Pasangan pengantin bergambar dengan pihak pengantin lelaki.

Fig. 9 Antara aktiviti yang dijalankan.



           Selain itu, Encik Husin Bin Udin, merupakan abang ipar kepada pengantin lelaki. Beliau menjelaskan bahawa terdapat juga adat meletakkan kain selendang dibahu pengantin perempuan sebagai pemberian daripada pihak mertua pengantin lelaki. Selepas adat tersebu wakil dari pihak lelaki akan menyarungkan cincin dijari pengantin perempuan. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa terdapat sebuah “besen” yang mengandungi antara 50 pasang kain seperti kain songket dan kain pasang. Kain songket dan kain pasang yang diberikan kepada pengantin perempuan berfungsi sebagai bekalan untuk kegunaan harian. “Besen” tersebut diberikan sebelum pihak pengantin perempuan balik ke rumah pengantin perempuan.  Encik Husin turut memberitahu bahawa sambutan untuk mengalu-alukan kedua-dua pengantin akan diiringi dengan tiga das tembakan setibanya kedua-dua pengantin di rumah pengantin lelaki. 




Fig. 10 Aktiviti bergambar bersama-sama pihak pengantin perempuan.


Fig. 11 Pasangan pengantin bergaul mesra dengan tetamu yang hadir.


Fig. 12 Kelihatan kemesraan serta kegembiraan pengantin perempuan.

  Fig. 13 Pakaian tradisional kaum melanau bagi pengapin lelaki dan perempuan.

Fig. 14 Kereta pasangan pengantin.


Fig. 15 Persiapan untuk majlis perkahwinan.