Pertunangan

Fig. 1 Encik Felix Bayseng Jana.

Adat pertunangan masyarakat melanau adalah berbeza-beza mengikut pangkat iaitu 9 pikul, 7 pikul dan 5 pikul. Kajian yang dilakukan di Kampung Tellian Tengah adalah berkaitan dengan adat pertunangan bagi masyarat melanau yang mempunyai pangkat 5 pikul. Adat perkahwinan di rumah Encik Felix Bayseng Jana merupakan adat bagi 5 pikul. Encik Felix Bayseng merupakan ayah kepada pengantin perempuan. Selain itu, terdapat adat menuga, adat medin dan adat pakan. Adat pakan merupakan adat dalam pemberian hadiah serta mas kahwin kepada ibu bapa pihak pengantin perempuan dan pemberian tersebut dinilaikan mengikut pangkat.

Fig. 2 Kesibukan ketika majlis pertunangan diadakan. 

Fig. 3 Adat pertunangan dan adat pemberian hantaran kepada pihak pengantin perempuan.

Menurut Puan Sheila Binti Omar Abdullah ( kakak kepada pengantin lelaki), terdapat barang hantaran dari pihak pengantin lelaki untuk pihak pengantin perempuan. Adat pertunangan masyarakat melanau bermula dengan menghantar bekas hantaran. Bekas hantaran dalam bahasa melanau dikenali sebagai “segamut” yang diisi dengan padi didalam bekas tersebut. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa “segamut” yang diberikan akan menjadi hak milik bersama-sama kedua-dua pengantin. Namun, sekiranya “ Segamut ” tersebut hilang samada dari pihak pengantin lelaki atau pihak pengantin perempuan maka diantara kedua-dua mereka terpaksa mengantikan balik  “ Segamut ” tersebut. Selain itu, bakal pengantin juga perlu menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan iaitu 'penyekap', ' berian ' dan hadiah lain sebagai adat menuga, adat mebin dan adat pakan sehari sebelum majlis diadakan.


 Fig. 3 Besen yang berisi bekalan seperti kain untuk pengantin perempuan.

Fig. 4 Bekas yang berisi padi.

Selain itu, Puan Sheila turut memberitahu bahawa terdapat beberapa barangan berian yang diberikan kepada pengantin perempuan seperti buah kelapa, topi dan padi. Menurut beliau, buah kelapa disimbolikkan sebagai satu permulaan dalam menjalankan sesebuah kehidupan bagi seseorang. Topi pula disimbolikkan sebagai teduhan iaitu umpama sebuah rumah untuk tempat berlindung. Padi pula disimbolikkan sebagai makanan rutin yang dimakan oleh masyarakat melanau. 


 Fig. 5 Aktiviti gotong-royong ketika majlis pertunangan berlangsung.

Fig. 6 Aktiviti gotong-royong oleh penduduk kampung.

Fig. 7 Pelamin.

Fig. 8 Rombongan daripada pihak pengantin lelaki.

Fig. 9 Jamuan yang dihidangkan.