About Us


Objektif utama penghasilan projek ini adalah untuk memberi maklumat kepada masyarakat luar tentang keunikan masyarakat Melanau di Mukah, Sarawak. Buku ini juga dapat menjadi sumber rujukan kepada semua terutama kepada mereka yang ingin melakukan penyelidikan tidak mengira lapisan umur. Masyarakat juga dapat memahami dengan lebih dekat mengenai sistem ekologi serta alam semulajadi di Kampung Tellian, Mukah, Sarawak. Kampung Tellian, Mukah merupakan satu destinasi yang sangat menarik dan persekitaran sebenar Kampung Tellian turut dipertontonkan kepada masyarakat melalui penggunaan peralatan khusus fotografi, video dan lukisan.



PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ketua penghulu Kampung Tellian, Mukah Sarawak iaitu Penghulu Lai dan Ketua Adat Kampung Tellian Daya iaitu Encik Kudat bin Monggok yang telah banyak memberi maklumat yang berharga untuk dikongsi bersama dalam menjayakan kajian etnografi ini. Tidak lupa juga penghargaan kepada penduduk Kampung Tellian yang tidak putus-putus memberi kerjasama dan sokongan kepada kami. kampung Tellian ini telah menjadi pilihan untuk kajian etnografi kerana keunikan etnik serta keistimewaan etnografi di bahagian tengah tepi pantai Sarawak.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang terlibat terutama Encik Anuar Bin Ayob dan Profesor Madya HAji Zulkalnain Zainal Abidin di atas galakan serta tunjuk ajar yang diberikan. Pengalaman yang telah dilalui telah memberi kesempatan kepada kami untuk membuat kajian yang lebih mendalam tentang etnografi di Kampung Tellian. Penerbitan buku ini telah membuktikan kejayaan dalam kajian kami. Buku ini juga akan menjadi rujukan masyarakat untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai kaum Melanau di Kampung Tellian, Mukah ini.







This visual ethnography research project is conducted by:

1. BFA Fine Arts, 2009-2012;
2. Anuar bin Ayob, Advisor & Creator of Visual Ethnography course;
3. Associate Professor Zulkalnain Zainal Abidin, Co-Advisor & Co-Creator of Visual Ethnography course

at Department of Visual Arts & Technology, Faculty of Applied & Creative Arts, Universiti Malaysia Sarawak.
http://www.faca.unimas.my/



VISUAL ETHNOGRAPHY (Etnografi Visual)
GKV3195

Kursus ini mendedahkan pelajar dengan kaedah melihat dan merakam dalam konteks visual serta bunyi melalui penglibatan mereka dalam aktiviti di lapangan. Aktiviti yang dikaitkan merangkumi aspek kehidupan masyarakat ataupun etnik, begitu alam sekitar, sama ada dari segi sosial, budaya, ekonomi dan sebagainya. Pelajar akan memperolehi pengalaman secara sebenar di mana akan mengaplikasikannya ke bentuk visual mahupun bunyi yang dirakam seperti fotografi, video, dan catan bagi dikongsi bersama dengan khalayak umum melalui produk penerbitan kreatif dan pameran.


_


AHLI JAWATANKUASA GKV3195 ETNOGRAFI VISUAL


Penyelaras: EN. ANUAR BIN AYOB
ASSOC. PROF. ZULKALNAIN ZAINAL ABIDIN

Ketua : FUJICA AK ANGGO

Setiausaha : MOHAMAD SUFFIAN BIN ABDUL KADIR

Pen.Setiausaha : NOOR SYUHAILAH BT. SAMMURI

Bendahari : DAVIS ANDREA AK CHENDAN

Pen. Bendahari : TING CHUNG SIEW

Keselamatan : NURUL ASNIDAH BINTI ABAS ( K )
MUHAMAD RIDZUAN BIN ISHAK ( P )
MARLINI BUNZIE ANAK GAWANG ( UBAT )
HAYAZIN BIN OTHMAN

Pengangkutan : SITI AYSHAH BT MOHAMED ZAINI ( K )
NEILSON MALIN ANAK JAPANG
HAIRUL ANUAR BIN ASPAN

Logistik : ROSYATIMAH BINTI SUKORMAN ( K )
MOHD NAIM BIN MD NOR ( P )
MOHD ISA B MAAROF
NUR NADIA HAFIZA BT JAMALUDDIN

Aktiviti : ROSMAHADI BIN HUSSAIN ( K )
NORAZILA BT MOHD REBIN ( P )
SYLIANA AK MANGGANG
NORKHUSAINI B. NORYAZID

Editorial: NURUL AKMAR MD SHARIFF
NUR ATIQAH KOSRIN
NORLELA BINTI MOHD HASRI
ROSIAH BINTI MORIS
CYNEY FEY JUHEM

Website : LIM YEW HENG