Jerunai




Jerunai adalah salah satu lambang yang bersejarah bagi masyarakat Melanau. Jerunai telah dijadikan tempat persemadian orang-orang bangsawan Melanau pada masa dahulu tetapi tidak lagi diamalkan pada masa sekarang. Hal ini kerana masyarakat sekarang lebih bertamadun berbanding dengan masyarakat zaman dahulu. Ramai yang menjadi korban daripada pembinaan jerunai ini. Tetapi cerita yang unik mengenai jerunai ini telah menarik minat ramai pengkaji untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang jerunai. 
Menurut penduduk Kampung Tellian Mukah, penggunaan jerunai telah dihapuskan apabila fahaman dan pengajaran agama mulai bertapak di Mukah dan juga kerana arus kemodenan. Apabila kajian yang dilakukan oleh pelajar kursus Etnografi visual pada tahun 2011, kebanyakkan penduduk tidak tahu mengenai cerita disebalik jerunai kerana penggunaan jerunai ini sudah dihapuskan beratus-ratus tahun dahulu. Di Mukah masih terdapat kesan sejarah Jerunai yang terus berdiri teguh di kawasan Kampung Tellian Tengah, Mukah. Ada diantaranya sudah haus dimamah usia kerana terdedah pada hujan dan terik matahari

Menurut sumber dari ketua kampung Tellian, penghulu Lai dari sumber yang pernah beliau perolehi iaitu Noraini Mahyan. Menurut beliau, pada zaman lampau, jerunai dijadikan tempat persemadian terakhir untuk golongan orang yang dihormati kaum Melanau atau golongan raja, bangsawan, pemimpin-pemimpin besar dan saudagar-saudagar yang bersifat dermawan kepada masyarakat ini. Jerunai hanya diperbuat daripada kayu belian yang besar dan cukup tua kerana kayu jenis ini tahan lama kepada cuaca panas dan hujan hingga ratusan tahun.Pada tiang jerunai, dikorek dua atau tiga lubang. Lubang di bahagian bawah dan tengah dikhaskan untuk menempatkan mayat atau rangka tulang si mati dan barangan bernilai sebagai bekalan di alam lain. Sementara, lubang di bahagian atas dikhaskan kepada hamba abdi atau orang-orang yang dipilih khas oleh si mati sewaktu hidupnya.Di bahagian luar tiang jerunai biasanya dilakar indah ukiran bermotifkan binatang seperti naga, harimau, ular, tikus dan sebagainya tertakluk kepada kedudukan pemiliknya. 

Jerunai menjadi kebanggaan golongan bangsawan sebagai manifestasi tentang kedaulatan, ketinggian darjat, pengaruh dan kekayaan sewaktu hidup. Masyarakat Melanau dari kalangan orang kebanyakan turut berbangga kerana ia merupakan imej dan keperibadian kaum yang melambang ketamadunan mereka pada waktu itu. Proses membuat jerunai mengambil masa yang lama selain menuntut kesabaran dan kesetiaan kepada raja atau kumpulan yang hebat-hebat. Mereka perlu pergi mencari kayu berlian di dalam hutan tebal dan terpaksa membawanya hingga sampai ke kampung. Pembuatan untuk membuat dan mencari jerunai perlu dilakukan segera apabila ada orang berkedudukan itu sakit dan meminta ia dibuat segera. Mereka seakan-akan tahu bahawa maut hampir datang menjemput si pesakit kerana waktu itu tidak ada perubatan lengkap kecuali merujuk kepada bomoh atau dukun.Kemampuan bomoh dan dukun amat terbatas, tetapi keupayaan mereka yang bersandarkan kepada kuasa ghaib kadang kala mampu menyembuhkan pesakit. 

Sebelum jerunai didirikan, nyanyian lagu tradisional terlebih dahulu didendangkan untuk diperdengarkan kepada para tetamu, kemudian barulah lubang digali untuk menempatkan tiang tersebut. Sebelum upacara menegakkan jerunai dilakukan, para petugas terlebih dahulu menggali lubang sedalam dua meter di tempat yang telah ditetapkan dan mengadakan upacara khas agar roh memberkati segala usaha mereka. Seorang hamba abdi perlu dihumban ke dalam lubang tempat jerunai hendak dipacak. Pada ketika ini, suasana sayu menyelubungi keluarga diraja dan hamba abdi. Raungan serta tangisan yang kuat kedengaran di kawasan tanah perkuburan sebagai simbolik agar roh si mati sejahtera sampai ke alam lain dan tidak akan mengganggu mereka yang masih hidup. 

Selain itu, pengkaji juga mempunyai maklumat yang sedikit berbeza dari penduduk kampung Tellian iaitu jerunai ini dibina menggunakan kayu belian yang boleh tahan lama.Sekiranya ada golongan bangsawan yang meninggal dunia, barulah jerunai ini dibangunkan.Untuk membangunkan jerunai ini memerlukan tenaga yang banyak dan kuat kerana bukan mudah untuk menaikkan batang jerunai ini. Batang jerunai ini akan digunakan untuk mengiringi orang bangsawan yang telah meninggal dunia. Beliau juga menyatakan bahawa seketika waktu dahulu iaitu seorang budak yatim piatu akan menjadi korban. Budak tersebut akan digantung pada tengah-tengah dua tiang yang dibangunkan untuk mengebumikan golongan bangsawan yang meninggal dunia. Budak tersebut dikatakan akan digantung sehingga budak meninggal dunia. Menurut kepercayaan orang kampung lagi, budak itu adalah pengiring golongan bangsawan yang baru meninggal dunia. Sebelum budak itu meninggal, sesiapa sahaja yang melalui diantara kedua-dua jerunai itu, mereka akan berkayuh sekuat hati di bawah budak tersebut, hal ini bertujuan percikkan air yang dikayuh terpercik sehingga masuk ke dalam mulut budak tersebut untuk menghilangkan kehausan. Perkara ini akan berlaku sehinggalah budak tersebut meninggal dunia. 

Banyak kajian sudah dilakukan mengenai jerunai ini. Salah satunya adalah kajian yang dilakukan oleh Dr. Jeniri Amir pada tahun 1970 dan 1980. Daripada kajian yang dilakukan, hamba abdi yang dijadikan korban melontarkan rasa marah dan sumpah sarakah sambil meminta belas agar air sungai sampai kepada mereka walaupun setitik. Keratan lagu sumpah sarakah mereka ialah : 


“Datang-datanglah dekat padaku,

takkan kamu tak kasihani aku,
Aku amat haus dahaga.

Aku bukan hamba abdi kamu,
Angkatlah pengayuh mu tinggi-tinggi,

agar percikan air dari pengayuh itu,
dapatlah menghilang sedikit dahaga ku,

ku sumpahkan agar sesiapa daripada kamu yang menyiksa aku,
Atas dosa yang tidak pernah aku lakukan, aku sumpahkan,
Tak seorangpun daripada kamu, anak-anak dan cucu-cicit kamu selamat”



Jerunai diperbuat daripada pokok kayu belian yang besar dan cukup matang. Hal ini diketahui bahawa hanyalah kayu belian sajalah yang tahan lama didedah pada tempat terbuka. Biasanya tiga atau dua buah lubang dikorek pada tiang Jerunai tersebut.Pada lubang bawah dan tengah adalah untuk menempatkan mayat atau rangka tulang si mati dan alat kelengkapan seperti barang-barang bernilai sebagai bekalan pada dunia baru atau alam mati.Manakala lubang di atas biasanya di khaskan kepada hamba abdi atau orang-orang yang dipilih khas oleh si mati sewaktu hidupnya. 

Pada luar tiang Jerunai biasanya diukir indah dengan bermotifkan binatang seperti naga, harimau, ular, tikus dan sebagainya tertakluk kepada kedudukan pemiliknya. Begitu juga dengan ketinggian Jerunei melambangkan kedudukan dan darjat pemiliknya. Selain itu, terdapat juga jerunai yang diukir dengan bermotifkan alam flora dan buah-buahan seperti nenas dan sebagainya. Kebiasaanya, ketinggian Jerunei ialah dari 12 meter ke 15 meter. Jerunai hanya dilakukan oleh orang-orang yang mahir, tegap dan tinggi semangatnya sahaja layak untuk membuat, mengukir dan mendirikan jerunai. Kerja-kerja pembuatan dilakukan seramai 15 ke 30 oleh orang bertanggungjawab dan haruslah orang-orang dibuat oleh orang Melanau. 

Penggunaan Jerunai sebagai alat perkuburan bangsawan Melanau hanya dipraktikkan dalam zaman animism beratus-ratus tahun dahulu. Jerunai adalah kebanggaan mereka sebagai manifestasi tentang kedaulatan, ketinggian darjat, pengaruh dan kekayaan sewaktu hidupnya.Masyarakat Melanau biasa pun turut bangga kerana itulah imej dan keperibadian kaum yang melambang ketamadunan mereka waktu itu. Seperti juga penganut agama atau kepercayaan lain bahawa akan ada alam lain sesudah mati.   
Proses membuat Jerunei mengambil masa yang panjang selain menuntut kesabaran dan kesetiaan kepada raja atau kumpulan bangsawan Melanau. Mereka ke hutan rimba mencari belian. Sesudah itu dibawa ke kampung untuk proses pembuatannya. Perbuatan Jerunei cuma akan dikenal pasti apabila orang berdarjat itu sakit dan meminta agar Jerunei segera dibuat. Mereka seakan-akan tahu bahawa maut sudah dekat datang menjemput kerana waktu itu tidak ada perubatan yang lengkap kecuali apabila seseorang itu sakit.