Mulid



Mulid merupakan satu kepercayaan yang hanya digunakan pada waktu-waktu tertentu sahaja. Kepercayaan yang hanya ada pada seorang wanita yang telah berumah tangga. Kasih sayang yang telah diberikan oleh kaum wanita terhadap suami atau bapa mereka yang telah meninggal dunia. Mulid tidak boleh digunakan dan diamalkan oleh orang sebarangan. Ia juga daripada bekas orang yang telah meninggal dunia dan haruslah dikebumikan dalam keadaan yang beradat. Erti kata lain, hanya balu sahaja yang layak untuk mengamalkan kepercayaan Mulid ini. 

Kepercayaan Mulid akan diamalkan selepas seorang suami atau ayah meninggal dunia. Seorang sahaja diperlukan untuk menggunakan mulid dalam satu keluarga. Seseorang itu haruslah memakai terendak dan berpakaian hitam apabila keluar rumah. Selain itu, bagi perempuan mestilah memakai selendang apabila keluar dari rumah. Perkara ini juga akan dilakukan selama setahun dari hari seseorang yang disayangi itu meninggal dunia. 

Pengkaji juga diberitahu bahawa, si mati haruslah disimpan 3hari dan kuburnya juga hendaklah dibiarkan selama 3 hari dari hari si mati meninggal dunia. Sepanjang 3 hari itu, orang yang memakai mulid tidak dibenarkan keluar dari rumah. Mulid hendaklah dibuat dirumah. 



Peralatan dalam kepercayaan Mulid ( terendak ) 


Kepercayaan ini juga mempunyai pantang larangnya. Pantang larangnya ialah apa-apa jenis binatang tidak dibenarkan makan selama tempoh pemakaian mulid. Selain itu, ulat mulong juga tidak dibenarkan makan sama sekali dan ahli keluarga haruslah mandi sebelum naik ke rumah untuk mengelakkan badi.