Sagu
Masyarakat Melanau terkenal dengan makanan tradisionalnya iaitu sagu. Satu kajian telah dilakukan di kampung Tellian Tengah. Kajian yang kami lakukan adalah bertumpu di rumah penduduk asal yang menghasilkan sagu iaitu Augustine Anyub bin Kusau yang berusia 79 tahun dan anaknya iaitu Catherine binti Augustine Anyub serta menantunya Osman. Menurut Augustine Anyub, beliau menggelar sebagai pokok mulong namun beliau juga menyatakan nama lain bagi pokok mulong adalah pokok rumbia dan pokok sagu. Sejarah pokok mulong menurut beliau adalah berasal daripada Negara China. Beliau mengatakan bahawa pedagang dari China membawa pokok mulong ke Mukah, Sarawak. Berdasarkan cerita Augustine Anyub, pedagang China ini hanya membawa dua batang pokok sahaja. Kawasan yang terdapat banyak pokok mulong di Mukah adalah dari kawasan Ulu Mukah dan Dalat. Dari sudut geografinya pula, tanah yang sesuai untuk menanam pokok mulong ialah tanah gambut. Tempoh pokok mulong matang bergantung kepada kesuburan